Prebet Adam : Siapa Bertanggungjawab Fitnah Keluarga DiRaja Johor?

RAKYAT mahu individu yang memfitnah kononnya Prebet Adam dibunuh oleh Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar Sultan Ismail semasa berkhidmat sebagai ‘caddy’ golf kepada Almarhum dibawa ke muka pengadilan walaupun individu tersebut telah berumur 93 tahun.

Adik kepada Prebet Adam, Hawa Jaafar, 53 menafikan dakwaan tersebut. Beliau menegaskan bahawa Adam mengamuk di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur pada tahun 1987 kerana masalah di tempat kerja dan bukannya kerana adiknya seorang “caddy” dibunuh Almarhum Sultan.

Caddy’ tersebut dikatakan adalah adik kepada Adam. Begitulah dakwaan yang tersebar hampir 30 tahun sehinggalah pada tahun lepas satu pendedahan dibuat bahawa tindakan oleh Adam adalah kerana tekanan didera semasa menjalani latihan bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Mereka sekeluarga terpaksa menahan malu dan marah selama 30 tahun, kerana tidak dapat menjelaskan perkara sebenar kepada masyarakat dan pihak berkuasa.

“Semua adik beradik kami masih hidup, hanya seorang sahaja yang sudah meninggal dunia pada tahun 1975 kerana kejadian kebakaran di rumah,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Turut hadir, dua lagi adik Adam iaitu Arina Jaafar dan Arman Jaafar. Adam adalah anak sulung daripada sembilan beradik. Menurut Hawa, mereka sekeluarga tidak pernah mengenali seorang pun keluarga kerabat Diraja Johor.

Malah katanya, mereka sekeluarga turut difitnah menerima wang sogokan sebanyak RM10,000 sebulan bagi menafikan perkara terbabit.

“Lihatlah kediaman saya, kami cuma orang biasa. Kami tidak pernah terima sesen pun duit daripada mana-mana pihak untuk nafikan hal ini,” katanya yang tinggal di Pangsapuri Taman Desaria Sri Merpati, di sini, hari ini.

Isu tembakan rambang oleh Prebet Adam dikatakan digunakan kerajaan pemerintah pada masa itu dibawah pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengurangkan kuasa Raja-Raja di negara ini.

#HarapanBohong
#HarapanFitnah
#HarapanPalsu
#Manifesto
#PakatanHarapan

– pru14.tv

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *