Pakatan Hina Pengundi Dengan Beri Dedak Cuti Umum

Pakatan Harapan (PH) sering mengatakan bahawa penyokong Barisan Nasional (BN) makan dedak oleh kerajaan nampaknya kini sudah menghina para pengundi dengan menawarkan dua hari cuti umum jika PH menang pada PRU14 nanti.

Bagi mereka rakyat negara ini hanya mahukan cuti umum sahaja pada setiap masa tanpa mahukan perancangan yang lengkap untuk pembangunan untuk semua generasi untuk masa depan semua orang.

Bekas Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad di Twitternya pada 10 April lepas berkata andainya pakatan menang pada pilihan raya umum 9 Mei nanti, kerajaan baru akan mengisytiharkan 10 dan 11 Mei 2018 sebagai cuti umum kononnya untuk meyakinkan orang ramai untuk pulang dan mengundi.

Harapan beri dedak tapi hanya sekadar cuti umum sahaja. Hanya kerana itu rakyat sanggup gadaikan kerajaan BN dan negara ini? Inikah harga pendirian kita?

Terbukti, para pemimpin pembangkang fikir rakyat Malaysia kemaruk cuti sampai hina pengundi dengan cuti.

Bukan sahaja Dzulkefly, di laman Facebook Anwar Ibrahim yang sedang dipenjarakan juga hina pengundi dengan dedak yang sama.

Dalam satu poster, pengendali Facebook itu meletakkan bahawa tarikh 10 Mei adalah cuti umum jika pakatan menang.

Barisan Nasional (BN) memperuntukkan banyak masa untuk menghasilkan #ManifestoBN yang komprehensif dan inklusif untuk semua rakyat Malaysia tapi pemimpin PH hanya dengan mudah memperjudikan nasib pengundi dengan memberikan tawaran cuti umum.

Bukan hanya dengan manifesto yang mustahil untuk ditunaikan tapi pembangkang turut memainkan peranan merendah-rendahkan mentaliti pengundi rakyat Malaysia dengan memberikan tawaran cuti umum kepada orang ramai.

#DedakHarapan

#DedakCuti

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *