LHDN Dekati Rakyat Dengan Gaya Lebih Kreatif

Kesedaran betapa pentingnya cukai yang perlu dibayar bagi tujuan pembangunan negara yang mapan seharusnya diterapkan secara berterusan.

Kempen yang berterusan seharusnya diberikan pujian kepada pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) yang bertanggungjawab memberikan kaedah yang lebih efektif menyalurkan maklumat yang betul berkenaan percukaian.

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) terus menggunakan kaedah yang kreatif bagi mendekati rakyat khususnya pembayar cukai dalam mempromosikan kesedaran cukai.

Jika sebelum ini LHDNM telah memperkenalkan Kod Capaian Pantas (Quick ResponseCode), Jingle atau lagu pendek mempromosikan kesedaran cukai.

Beberapa aplikasi turut dibangunkan dan boleh dimuat turun dan dipasang pada peranti mudah alih untuk memudahkan rujukan percukaian seperti HASiL InfoQ, Kalkulator PCB dan Semakan Ketulenan Sijil STAMPS.

Kini sepasukan Pegawai LHDNM pula menerima cabaran untuk berjalan sejauh 1,600 kilometer dalam Program Jalan Kaki Terjauh (JKT) sambil mengedarkan kira-kira 10,000 risalah percukaian kepada orang ramai.

Selain pengedaran risalah percukaian, LHDNM turut akan melaksanakan program tanggungjawab sosialnya di beberapa lokasi terpilih yang akan disinggahi oleh peserta JKT.

“Inisiatif ini bukan sahaja untuk melahirkan lebih ramai rakyat Malaysia yang mempunyai kesedaran cukai yang tinggi”, kata Dato’ Sri Sabin Samitah, Ketua Pegawai Eksekutif LHDNM dalam ucapannya pada majlis pelancaran program JKT.

“Malah ia turut bertujuan untuk memecahkan rekod Jalan Kaki Terjauh Berpasukan yang dicatatkan dalam Malaysia Book of Records (MBR) pada tahun 2003 dengan jarak perjalanan sejauh 1,329.8 kilometer”, ujarnya lagi.

Di samping itu, aktiviti tanggungjawab sosial yang dilaksanakan pula merupakan cara LHDNM berkongsi kemakmuran negara ini dengan golongan rakyat yang memerlukan bantuan.

Melalui pendekatan ini LHDNM berharap rakyat akan lebih dekat dengan LHDNM dan bersama-sama dengan LHDNM dalam usaha membangunkan Malaysia.

#jomBN
#BersamaBN
#HebatkanNegaraku
#DahulukanRakyat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *