Lelaki Disamun Pondan Lepas Selesai Oral Seks

Siapa sangka selepas mendapatkan khidmat seks daripada seorang pondan, seorang lelaki menjadi mangsa samun kepada pondan berkenaan.

 
Kejadian yang berlaku di Georgetown, Pulau Pinang itu dikatakan berlaku pada jam 9 malam sebelum mangsa melaporkan kepada polis. 
 
Memetik Berita Harian, mangsa turut kecewa apabila mengetahui suspek adalah seorang pondan selepas menyangka dia perempuan menerusi gambar. 
 
Suspek yang ditahan didapati turut pernah menjadi saksi dalam kes bunuh dua tahun lalu. 
 
“Ketika berada di hotel suspek melayani nafsu mangsa, dan selepas selesai mangsa memberikannya wang RM10.
 
“Bagaimanapun, suspek tidak berpuashati dan terus merampas dompet mangsa serta mengambil wang berjumlah RM200,” kata Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar.
 
Suspek dikatakan meminta lagi RM50 namun mangsa mendakwa tiada wang. 
 

 

“Suspek memberitahu mahu memanggil rakan-rakannya yang lain dan mengugut akan memberi masalah kepada mangsa sebelum dia beredar.
 

“Berikutan itu, mangsa yang bimbang dengan keselamatan diri membuat laporan polis berhubung kejadian terbabit,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *