Ini Rupa Pakatan Yang Kononnya Mahu Selamatkan Malaysia?

Sejak tahun 2016, slogan Selamatkan Malaysia kerap kali dilaungkan oleh Pakatan Harapan terutamanya oleh Tun Dr Mahathir Mohammad. Slogan ini kemudiannya ditambah kepada Selamatkan Malaysia dari Kleptokrasi yang berinspirasikan dari himpunan Anti Kleptokrasi yang diadakan di Padang Timur, Petaling Jaya, Oktober tahun lalu.

Pelbagai tuduhan dan fitnah dilemparkan kepada kerajaan yang konnya menipu, mencuri hasil negara dan pelbagai lagi tuduhan liar yang tidak ada satu pun dibuktikan dengan sebarang fakta. Mereka lebih senang menghasut rakyat untuk membenci kerajaan walaupun menyedari, segala tuduhan dan fitnah mereka telah dijawab sepenuhnya oleh kerajaan.

Hari ini, negara sekali lagi bakal mengadakan Pilihan Raya Umum yang mana ianya adalah amalan basa bagi sebuah negara yang mengamalkan demorasi. Di saat Barisan Nasional sudah menampakkan kesiap siagaan mereka bagi menghadapi detik getir ini, bagi pakatan yang kononnya mahu menyelamatkan Malaysia ini, mereka masih bertelagah dan terkial-kial dalam rangka persiapan mereka.

Menurut laporan, Pakatan Harapan dijangka bakal mengumumkan senarai nama calon mereka pada 15 April ini. Namun, menurut beberapa laporan, Pakatan Harapan masih belum lagi memutuskan senarai calon mereka di beberapa buah negeri dan ianya dilihat memang mengelirukan. Bagaimana sebuah pakatan yang melaungkan keinginan mereka mahu menyelamatkan Malaysia tetapi hakikatnya, mereka sendiri seperti gagal diselamatkan?

Malah, lebih memburukkan keadaan apabila manifesto yang mereka umumkan pada 8 Mac lalu dilihat sebagai satu ulangan manifesto Pilihan Raya Umum ke 13 yang boleh dianggap, tidak ada satu pun yang mampu mereka laksanakan. Lebih memburukkan keadaan, dalam satu kenyataan, Mahathir sendiri mengakui, manifesto berkenaan berkemungkinan besar tidak mampu mereka laksanakan setelah membentuk kerajaan kelak.

Justeru, ingin ditanyakan kepada Pakatan Harapan dan para penyokong mereka, jika keadaan sendiri bercelaru dan penuh masalah, bagaimana mereka boleh mengakui yang mereka boleh menyelamatkan Malaysia?Mahu selamatkan Malaysia dari apa sedangkan sepatutnya mereka menyelamatkan pakatan mereka sendiri?

Sesungguhnya sesuatu yang amat malang buat para penyokong dan mereka yang memberi undi kepada pakatan ini untuk membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke 14 jika menilai dari keadaan semasa dan sebelum ini yang menimpa Pakatan Harapan. Mungkin nama mereka mempunyai perkataan harapan namun hakikatnya, mereka sendiri tidak mempunyai sebarang harapan untuk membentuk kerajaan kelak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *