Heboh Berperang Dekat IG, Foto Izreen Azminda Buat Zarina Anjoulie Bertambah Panas

Tidak pasti sebenar apa yang berlaku namun Zarina Anjoulie seakan-akan panas hati apabila terlihat gambar Izreen Azminda dalam Instagram yang sedang bermesra dengan Ude Wahid.

Menurut gambar Instagram tersebut, dia seperti sedang berperang dengan seseorang yang mempunyai sifat ‘menyondol’ suami orang. Mungkin itulah yang disamakan dengan gambar Izreen Azminda yang selama ini dikecam netizen sehingga ke hari ini kerana merampas suami orang.

Foto: IG Zarina Anjoulie


Foto: IG Zarina Anjoulie

Netizen juga menyokong kenyataan Zarina dan sememangnya amat marah dengan spesies wanita yang suka ‘kebas’ suami orang. Tidak kurang juga ada yang pernah mengalami situasi tersebut dan memahami apa yang terjadi pada wanita lain.








Dalam banyak-banyak komen tersebut, Zarina juga turut membidas netizen dengan ayat ‘pedas’. Panas sungguh kenyataan Zarina ini hingga menyamakan perangai bekas kawannya yang merampas suami orang itu dengan apa yang berlaku terhadap Izreen.




Umum mengetahui kebanyakan netizen memang tidak menyukai Izreen dan keadaan ini menambahkan lagi api kemarahan golongan wanita yang benci dengan status wanita ’penyondol’.


Zarina bukan sahaja menyokong apa yang berlaku pada Intan Liana, bekas isteri Ude namun dia juga mempunyai sebab tersendiri kerana sudah pernah ‘ditikam’ oleh golongan perampas suami orang berkali-kali. Dia memahami mereka yang mengalami nasib yang sama.

Foto: IG Zarina Anjoulie

Fuhh, memang hangat betul kapsyen Zarina. Jujur dan ‘pedas’. Siapa makan cili memang terasa. Tapi apa yang berlaku sebenarnya tidak didedahkan secara terperinci. Siapa agaknya bekas kawan Zarina?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *