Gila Uji Kereta, Mahathir Abaikan Pengangkutan Awam

SEMUA rakyat Malaysia tahu bahawa Mahathir punca kereta import dijual dengan harga mahal dalam negara kita apabila sistem AP atau permit import kereta diperkenalkan oleh beliau dengan alasan kononnya untuk menjaga industri kereta nasional.

Akibatnya, pengguna kereta yang rugi kerana terpaksa membeli kereta import dengan harga yang terlalu tinggi, dan ekonomi negara kita juga akan terjejas kerana kereta nasional kita telah hilang daya saing akibat terlalu bergantung kepada perlindungan negara.

Dosa Mahathir bukan setakat itu sahaja. Beliau telah mengabaikan pengangkutan awam dan kurang pemahaman komersial yang menyebabkan Malaysia ketinggalan akibat terlalu ghairah menguji kereta proton sehingga mengabaikan tanggungjawab yang lebih besar untuk rakyat.

Malaysia sepatutnya berusaha mendahului pesaing dan mempunyai sistem pengangkutan awam yang benar-benar bertaraf dunia. Apabila Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri beliau bertindak tangkas memperbaiki kesilapan yang Mahathir lakukan.

Berlaku transformasi yang cukup besar dalam sejarah pengankutan awam negara. Projek pengangkutan ECRL, Transit Aliran Massa (MRT) dan Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura menjadi kunci transformasi negara mencapai status negara maju dan menyediakan gaya hidup moden kepada rakyat.

Ini adalah projek berteraskan rakyat dan kita sasarkan 5.4 juta penumpang serta 53 juta tan kargo menggunakan ECRL setiap tahun mulai 2030.

Projek ECRL membabitkan laluan rel kereta api sepanjang 688 kilometer dari Pelabuhan Klang, Selangor merentasi sebahagian Pahang, Terengganu hingga ke Tumpat, Kelantan.

Projek mega bernilai kira-kira RM55 bilion itu adalah pengangkutan awam penumpang dan kargo yang berkemampuan memendekkan perjalanan dari Tumpat, Kelantan ke Gombak, Selangor hanya kira-kira lima jam.

Ia sekali gus berupaya meningkatkan pertumbuhan ekonomi sehingga 1.5 peratus bagi negeri di Pantai Timur seterusnya menawarkan banyak peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

#jomBN
#BersamaBN
#HebatkanNegaraku
#DahulukanRakyat

– pru14.tv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *