Econsave Pontian Diserbu Seribu Pengunjung, Ingat TMJ Belanja

Baru-baru ini, baru sahaja rakyat Johor dikejutkan dengan kehadiran TUNKU Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim di sebuah pasar raya di Johor Bahru dengan membayar barangan asas kepada setiap pembeli di situ.

Kali ini,orang ramai dilaporkan menyerbu Pasaraya Econsave di Pontian susulan tersebar gambar dan pesanan suara kononnya Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim akan datang dan membayar harga barangan yang dibeli pengunjung di situ hari ini.

Sebuah media melaporkan lebih 1,000 pengunjung berpusu-pusu membanjiri pasar raya itu sejak dibuka pagi tadi dan memenuhkan troli masing-masing sebelum beratur panjang di kaunter.

Akhbar itu juga memetik Pengurus Operasi Pasaraya Econsave, Mas Imran Adam sebagai berkata, dakwaan Tunku Ismail akan belanja orang ramai di pasar raya berkenaan adalah berita palsu.

“Ini berita palsu dan tidak benar. Gambar dan pesanan suara yang ditularkan kononnya Tunku Ismail akan belanja orang ramai di Pasaraya Econsave Pontian adalah tidak benar sama sekali.

“Pihak kami sudah membuat lima hingga enam kali pengumuman mengenai perkara ini di pasar raya tersebut namun orang ramai masih tidak mempercayainya,” katanya.

Tunku Ismail, semalam membuat kejutan di Pusat beli-belah AEON Mall Tebrau City Johor Bahru apabila tiba-tiba muncul dan membelanja pengunjung di situ.

Baginda dilaporkan membelanja orang ramai RM3,000 sekepala, melibatkan jumlah sehingga RM1 juta.

Mas Imran juga dipetik oleh akhbar itu sebagai berkata, ketika ini orang ramai masih tidak bersurai walaupun sudah beberapa kali pengumuman memaklumkan bahawa kedatangan Tunku Ismail itu adalah berita palsu.

Menurutnya, pihak polis juga sudah dipanggil untuk meredakan keadaan tetapi orang ramai di situ seperti masih berharap kedatangan Tunku Mahkota Johor itu bukan berita palsu.

Justeru disini, jika dilihat ternyata rakyat Malaysia lebih mempercayai berita palsu dan mudah percaya seperti mana mereka mempercayai mana-mana berita palsu yang disebarkan pembangkang.Walaupun sudah dikatakan perkara itu tidak benar, ironinya masyarakat sendiri yang terjerat dengan isu-isu ini tanpa memeriksa sama ada perkara tersebut adalah benar atau tidak.Jadi, jadilah pengundi yang bijak dan berfikir dahulu sebelum bertindak.

-PRU14.TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *