Dzeko Buat Keputusan Tepat, Tolak Tawaran Chelsea

EDIN Dzeko mengakui dia gembira berada di Roma dan tidak berpindah ke Chelsea pada Januari lalu.

Dzeko turut menjaringkan gol ketika aksi kemenangan 3-0 ke atas Barcelona pada aksi suku akhir kedua Liga Juara-Juara awal pagi Rabu.

Biarpun agregat 4-4, namun kelebihan di tempat lawan menyaksikan Roma mara ke separuh akhir.

“Kini saya boleh bermain dalam aksi separuh akhir. Ia bukan mudah, tetapi saya mengambil keputusan berada di sini dan gembira. Saya yakin kelab juga gembira,” ujarnya.

Sebelum ini dilaporkan Chelsea telah menawarkan kontrak buat pemain berusia 32 tahun itu, namun dia menolak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *