Datuk Abdul Mutalif Akan Buat Laporan Polis Jadi Mangsa Fitnah

Naib Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan Datuk Abdul Mutalif Abdul Rahim akan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya hari ini kerana jadi mangsa fitnah pembangkang.

Satu video yang menunjukkan beliau sedang bercakap dengan pihak tertentu didakwa sebagai video beliau sedang memberikan wang kepada pendatang asing supaya mengundi Barisan Nasional (BN).

Cerita sebenarnya ialah beliau sedang bercakap kepada peniaga tempatan yang premis perniagaan mereka terbakar baru-baru ini. Dalam video berkenaan, beliau berkata akan memberi jaminan masalah akibat kebakaran itu akan diselesaikan.

“9 haribulan lima ni, hari buang undi… pastikan, beritahu pada semua kakak abang, undi bagi pada Barisan Nasional… Saya akan pastikan, kita menang hari ni, Selangor kita menang, ambil balik pentadbiran Barisan Nasional, minggu depan tu saya akan datang balik kedai ini.

“Saya akan pergi ke Majlis, tugas pertama saya dapatkan lesen untuk awak,” katanya kepada para peniaga berkenaan.

Abdul Mutalif meminta penduduk di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Medan sama-sama bermuafakat dan bantu mengundi BN untuk merampas kembali pentadbiran Kerajaan Negeri dari PH yang sudah banyak memberikan kesusahan kepada rakyat.

Difahamkan semasa membuat laporan polis, beliau akan turut membawa bersama para peniaga berkenaan yang turut jadi mangsa fitnah kerana dituduh sebagai pendatang asing untuk membuktikan apa yang dimainkan oleh pembangkang ialah bohong.

Walaupun, Akta Anti Berita Tidak Benar 2018 sudah diwartakan dan dikuatkuasakan semalam, nampaknya pakatan pembangkang masih tidak berwaspada dan terus memainkan isu yang tidak benar untuk sengaja merosakkan persepsi rakyat terutamanya kepada Abdul Mutalif dalam kes ini.

Dulu pakatan tuduh BN bawa masuk 40,000 orang dari Bangladesh dikatakan akan mengundi untuk BN. Akibat berita palsu itu, kekecohan berlaku di beberapa pusat mengundi apabila ada rakyat Malaysia yang mirip warga Bangladesh ditahan dan diserang dan disoal dengan macam-macam soalan dan dituduh sebagai pengundi hantu.

#HarapanBohong

#HarapanFitnah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *