Bunuh Bapa, Nenek Kerana Tak Tahan Dileter

Seorang lelaki berusia 38 tahun mengaku membunuh lima orang termasuk ahli keluarganya di barat daya Jepun hanya kerana tertekan dengan leteran bapa dan neneknya, lapor Japan Today.

Salah satu daripada dua mayat yang ditemui pada Ahad di kawasan pergunungan di wilayah Kagoshima telah dikenal pasti sebagai bapanya, Masatomo, 68, yang mati dicekik. Manakala, satu lagi mayat dipercayai neneknya yang berusia 89 tahun, Hisako Iwakura.

Tiga lagi mayat mangsa iaitu Hiroyuki Goto, 47, rakannya yang tinggal di kompleks apartmen sama serta dua ibu saudaranya, Takako Iwakura, 69 dan Kuniko Sakaguchi, 72, ditemui di kediamannya itu.

Menurut polis, kediaman bekas anggota Pasukan Pertahanan Diri (SDF) itu dimiliki neneknya dan terletak berhampiran kediaman neneknya di bandar Hioki.

Media melaporkan, Iwakura mengaku kepada polis bahawa dia membunuh kesemua lima mangsa di kediaman milik neneknya itu.

Polis percaya suspek membunuh bapa dan neneknya di kediamannya sebelum meninggalkan mereka di dalam hutan di Hioki.

Dia kemudian membunuh Goto dan dua makciknya yang melawat kediaman itu untuk menziarah mereka.

Sementara itu, Japan Times melaporkan, polis percaya ketiga-tiga mangsa termasuk Goto, dibunuh ketika melawat rumah itu selepas diminta bapa saudara Iwakura  yang juga suami kepada Takako untuk memeriksa keadaan bapa suspek yang sudah beberapa hari tidak masuk kerja.

Iwakura ditahan pada Sabtu kerana disyaki mencekik kesemua mangsa sampai mati.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *