Berhenti Di Lampu Isyarat, Wanita Parah Disimbah Asid

Seorang wanita yang dalam perjalanan dari arah Lukut menghala ke bandar Port Dickson menjadi mangsa disimbah asid oleh individu yang tidak dikenali.

Harian Metro melaporkan insiden berlaku semasa mangsa berhenti di lampu isyarat berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Jumaat, Port Dickson.

Semasa sedang menunggu, muncul dua orang lelaki yang menunggang motosikal dari sebelah kanan.

Difahamkan salah seorang dari lelaki terbabit memecahkan cermin sebelah pemandu menggunakan objek keras dan menyimbah cecair ke arahnya.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Zainudin Ahmad berkata,

“Kedua-dua suspek memecut motosikal meninggalkan lokasi kejadian dan orang ramai yang menyaksikan kejadian membantu mangsa yang mengalami kecederaan.

“Akibat kejadian itu, mangsa melecur di pipi, kedua-dua lengan, paha, perut dan betis serta dihantar ke Hospital Port Dickson untuk rawatan.”

Seoang lagi rakan sekerja mangsa yang turut berada dalam kereta tersebut tidak mengalami kecederaan.

Mangsa mendakwa dia tiada musuh yang disyaki.

Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *