Azmin, Ummi Terdesak Hadapi PRU14, Mereka Bullshit – Azwan Ali

Baru-baru ini,Azwan Ali menyifatkan kehadiran Ummi Hafilda pada program Pakatan pembangkang bagi memberi sokongan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai tindakan terdesak dan sekadar mencari publisiti murahan menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Turut dihadiri sama, abangnya yang merupakan menteri besar Selangor dan juga timbalan presiden PKR,Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Azwan menyifatkan kehadiran Ummi Hafilda pada program Pakatan Harapan yang diketuai DAP bagi memberi sokongan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai tindakan terdesak dan sekadar mencari publisiti murahan menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Malah, Azwan menegaskan, dia tidak lagi mempunyai hubungan keluarga dengan kedua-dua mereka.

“Jawapan spontan saya, siapa Ummi Hafilda? Saya harap dia tengok rakaman video ini. Siapa kamu yang nak tetap dapat perhatian, cari publisiti? Siapa kamu?

“Nak aku dedahkan semua perangai buruk kau pada media? Apa yang kau cakap pasal si dia dalam keluarga? Kamu patut tahu (apa yang kamu cakap tentang) seorang yang bernama menteri besar Selangor.

“Ini semua sikap puak-puak terdesak nak menghadapi PRU14. Jadi mereka ini bullshit,” katanya ketika ditemui Malaysiakini, semalam.

Ahad lalu Ummi Hafilda yang sebelum ini sering tampil mengkritik Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat kejutan apabila hadir pada majlis kutipan dana Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Menurut Ummi Hafilda, kehadirannya adalah kerana dia setia dengan kepimpinan Dr Mahathir yang disifatkannya sebagai perdana menteri yang terbaik di negara ini.

Ummi Hafilda malah menawarkan diri untuk membuat jelajah satu Malaysia bagi memperbetulkan persepsi negatif orang ramai terhadap bekas perdana menteri itu serta menegaskan tidak akan sekali-kali berceramah untuk Umno lagi.

Mohamed Azmin yang mengulas kehadiran Ummi Hafilda itu berkata, dia mengalu-alukan sokongan daripada semua pihak termasuk daripada adik perempuannya itu.

Mengulas lanjut, Azwan berkata Ummi Hafilda kini terjerat untuk mendapat sokongan kerana perlu bergantung kepada Dr Mahathir.

“Dia terjerat, dia tak ada modal dan dia terpaksa hanya kerana seorang pemimpin ini, saya tak nak sebut. Saya tahu rakyat boleh nilai. Saya pun tak berkenan dengan identiti pemimpin yang tua nyanyuk ini.

“Kalau saya cop dia sebagai tua nyanyuk, merapu. Jadi saya takkan sokong mereka sama sekali. Saya nampak dendam kesumat mereka untuk rampas kuasa. Bukan untuk rakyat sangat tapi untuk mencerahkan nama masing-masing yang kononnya hebat.

“Banyak lagi pemimpin pembangkang yang hebat tapi bukan mereka berdua (Azmin dan Ummi). Saya tahu mereka kerana mereka adik-beradik saya. Sudah tentu saya kenal mereka kerana mereka darah daging saya, tapi bekas ya. Geli nak mengaku dua nama busuk ini sebagai adik beradik saya,” katanya.

Azwan bagaimanapun tidak menjelaskan “terjerat” yang dimaksudkannya.

Azwan juga menggesa seluruh rakyat Malaysia tidak memberikan sokongan Mohamed Azmin dan Ummi Hafilda.

“Hindari dua orang ini. Kamu boleh undi sesiapa sahaja tokoh pembangkang, saya tak rasa apa. Itu hak mereka. Tapi jangan sampai rakyat yang saya sanjung ini mengundi dua nama terbusuk ini.

“Saya cakap begini bukan kerana sokong Najib dan BN. Tapi mereka berdua ni bodoh. Jadi berhenti mengundi mereka. Mereka cuma terdesak nak dapat kuasa tapi orang bodoh saja undi mereka,” katanya.

Permusuhan adik-beradik itu antaranya melibatkan laporan polis yang dibuat Azwan mendakwa Mohamed Azmin terlibat dalam skandal seks, seperti dilapor sebuah blog sebelum ini.

Selain itu, Azwan juga pernah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa Mohamed Azmin terlibat dengan rasuah.

Ketika ditanya perkembangan kedua-dua kes tersebut, Azwan menjelaskan bahawa sehingga kini tiada tindakan diambil ke atas Mohamed Azmin.

-PRU14.TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *