Azmin Ali Sindir Tony Pua Sebab Mahu Pecat Penjawat Awam

Pakatan Harapan (PH) bukan sahaja gemar membuat pusingan U pada apa yang mereka perkatakan tapi pemimpin mereka juga susah untuk membuat kenyataan yang sama pendirian antara mereka. Dalam satu pakatan pun mereka berbeza-beza pendapat.

Hari ini dalam naskhah akhbar The Star, Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata saiz perkhidmatan penjawat awam di negeri Selangor tidak akan dikecilkan seperti yang didakwa pelbagai pihak sebelum ini. Pemimpin pembangkang ada membuat cadangan untuk mengecilkan jumlah penjawat awam jika menang pada PRU14 kali ini dan ia datangnya dari Ahli Parlimen DAP-Petaling Jaya Utara, Tony Pua.

Azmin berkata dakwaan bahawa ada usaha untuk mengecilkan jumlah penjawat awam adalah satu penipuan dan berita palsu bertujuan menakut-nakutkan penjawat awam.

Kalau begitu, Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP itu buat berita palsu lah apabila beliau mencadangkan untuk mengurangkan jumlah penjawat kalau blok pembangkang menang.

Pua berkata demikian dalam forum pada 12 Januari 21017 dan beliau menegaskan kakitangan awam tidak beri pulangan kepada pendapatan negara dan wajar dikurangkan.

Berita berkaitan kenyataan Tony Pua di sini :-

http://malaysiandigest.com/bahasa-malaysia/652669-pakatan-harapan-mahu-kurangkan-jumlah-penjawat-awam-jika-menang-pru14.html

Tidak ada seorang pun dalam Barisan Nasional (BN) yang buat dakwaan itu malahan BN sudah bertekad tidak akan mengecilkan jumlah penjawat awam jika diberikan mandat sekali lagi pada PRU14 nanti.

Pada 28 Januari 2018, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata bahawa kerajaan tidak akan mengurangkan jumlah kakitangan awam kerana mereka dianggap sebagai benteng dan tulang belakang kepada kerajaan.

Kata Najib, kumpulan penjawat awam memainkan watak penting sebagai ‘opinion leader’ dalam kalangan masyarakat dan membantu melaksanakan dasar kerajaan.

“Ada cakap-cakap nak mengecutkan saiz perkhidmatan awam, ada yang hina penjawat awam kata kucing kuraplah, apalah… Saya nak beritahu kerajaan pimpinan saya tidak akan kecutkan saiz perkhidmatan awam, jangan bimbang.

“Kita tetap jaga, yang kontrak pun kita sambung, yang patut habis kontrak dia minta sambung, kita sambung lagi ‘almost permanent’ (hampir tetap),” katanya berucap di depan lebih 10,000 penjawat awam pada Majlis Perdana Menteri Bersama Penjawat Awam Kelantan di Wisma Persekutuan Kelantan pada masa itu.

Dalam #ManifestoBN pun, organisasi kakitangan awam akan diperkasakan oleh kerajaan BN seperti yang dilancarkan oleh Najib pada 7 April lepas. Hasil ketelusan dan kecekapan penjawat awamlah, semua program untuk rakyat dapat dilaksanakan dengan baik khususnya dalam soal pemberian BR1M.

Kesimpulannya, tidak ada pihak lain selain dari DAP yang ada buat cadangan berkenaan iaitu Pua. Sebenarnya, Azmin menyindir Pua dalam hal ini kerana kenyataan Pua itu boleh menggugat sokongan kakitangan awam di Selangor daripada mengundi PKR.

Azmin risau kerana semua calon PH akan guna logo PKR, jika benci pada PKR semua calon pakatan akan lingkup jika mereka terpedaya dengan kata-kata Pua bahawa jumlah penjawat awam akan dikurangkan.

Oleh kerana hendak tenangkan ketakutan penjawat awam di Selangor, Azmin buat janji untuk beri bonus lebih daripada tiga bulan kepada mereka jika PH kekal menang di Selangor.

“Bukanlah banyak sangat tiga bulan (bonus) itu, tak banyak sangat pun.

“Tapi itu adil dan lepas ini mungkin lebih tiga bulan (bonus akan diberikan) atas prinsip adil dan berdasarkan merit serta prestasi (penjawat awam),” kata Azmin.

Azmin tidak mahu mengaku, padahal beliau agak marah dengan cadangan Pua yang mahu kakitangan awam dikecilkan. Bukan dari BN cadangan itu dibuat tapi dari pemimpin DAP sekutu sendiri dalam pakatan pembangkang.

#JomBN

#HebatkanNegaraku

#DahulukanRakyat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *