Aziz Bari Bakal MB Boneka DAP?

Menjelang PRU14, terdapat ura-ura mengatakan Profesor Dr Abdul Aziz Bari yang sebelum ini meninggalkan PKR dan menyertai DAP pada 2015 itu satu-satunya nama calon Melayu dari DAP yang akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (Dun) Tebing Tinggi.

Aziz merupakan seorang pensyarah undang-undang yang sebelum ini telah bertanding atas tiket PKR di kerusi Parlimen Sabak Bernam pada Pilihan Raya Umum ke 13 lalu, namun tewas di tangan BN dengan majoriti 1,644 undi.

Sekiranya parti itu memenangi majoriti DUN pada PRU14 ini, berkemungkinan besar beliau adalah calon menteri besar DAP.

Adakah ini taktik DAP yang mahu pancing undi Melayu negara ini? Betapa hinanya jadi Melayu ini sebab kalau DAP menang pilihan raya nanti, kita bakal jadi boneka.

Pakatan Harapan yang termasuk dalam gabungan parti itu sebelum ini cuba untuk merampas Perak daripada BN pada PRU14.

Pakatan pembangkang juga sepakat mahu memenangi majoriti daripada 59 kerusi DUN melalui pengagihan kerusi negeri yang akan ditandingi oleh empat parti dalam gabungan berkenaan.

Pada masa ini, DAP mempunyai 18 wakil di DUN Perak, PKR lima, PAN satu sementara PAS, yang berpisah daripada pakatan pembangkang itu hampir tiga tahun lalu, mempunyai empat kerusi.

Manakala BN menguasai DUN dengan 31 kerusi.

Menurut sumber dalaman berkata, agenda DAP untuk menguasai negara pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 akan datang tidak akan berjaya sekiranya pengundi Melayu tidak bersama mereka.Jadi tidak hairanlah kepemimpinan DAP dilihat mula menyusun gerak kerja untuk menenangkan semua penyokong dengan mengunakan Melayu untuk raih undi.

Justeru, apa yang penting menjelang PRU14 ini kesepakatan BN dan bersatu-padu yang baik dalam Umno mahupun dengan parti-parti komponen sebagai kekuatan parti itu berbanding pembangkang yang sudah berpecah dan tiada lagi kerjasama dengan PAS.

Sebelum ini, Penganalisis Politik Prof Dr Mohd Redzuan Othman turut menjangkakan BN akan menang (Perak) dengan majoriti yang besar.

Selain perpecahan pembangkang dan kesatuan dalam BN,Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak,Saarani Mohamad berkata sebelum ini, parti pemerintah itu boleh kekal di Perak kerana khidmat konsisten kepada rakyat yang diberikan selama ini.

-PRU14.TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *