5000 Coli Percuma Adalah Poster Palsu!

Tular di media sosial sebuah poster yang  tertulis, “Jom pi periksa dada, terus dapat sarung dada”yang didakwa mempromosikan pemberian coli percuma.


Maklumat yang tertera di poster itu juga mendakwa mahu mengedarkan 5000 coli percuma dalam satu majlis yang akan diadakan di Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Tok Kandu di Permatang Pauh, Pulau Pinang pada 15 April ini.


mStar Online melaporkan, poster terbabit turut memaparkan gambar seorang lelaki memakai baju Barisan Nasional (BN) dengan nama ‘Dato Sri Hj Ustaz Amran bin Nordin’ yang mempunyai jawatan sebagai Pengerusi Barisan BN Permatang Pauh.

Foto: mStar Online

Namun ia sebenarnya palsu memandangkan Pengerusi Barisan BN Permatang Pauh adalah Datuk Mohd Zaidi Mohd Said.


Facebook Pergerakan Pemuda Umno Permatang Pauh juga turut menjelaskan poster ‘baju dalam percuma itu’ adalah palsu, malahan turut menunjukkan poster sebenar iaitu ‘5,000 cermin mata percuma’ dengan butiran acara sama dengan memaparkan wajah Mohd Zaidi.


Sementara itu Mohd Zaidi berkata, “Ini lebih kepada tindakan terdesak pihak tertentu yang mungkin rasa terancam dengan program-program yang kita buat selama ini. 


“Program pemberian cermin mata ini telah heboh diperkatakan, mungkin ia memberi kesan kepada pihak tertentu yang tidak senang dengan program bantuan yang kita buat dan cuba memalukan pihak kita.”


“Dalam keadaan hari ini, kita menuntut politik yang lebih matang. Pihak-pihak membuat cara berpolitik seperti ini tidak membawa apa-apa keuntungan, sebaliknya akan menimbulkan rasa marah dan terhina terutama dalam kalangan orang-orang di Permatang Pauh.


“Banyak pihak akan tahu bahawa ia adalah palsu dan dibuat semata-mata untuk memalukan.


Menurutnya lagi laporan polis akan dibuat di Ibu Pejabat Polis Dareah (IPD) Seberang Perai Tengah. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *