Wanita Parah Kedai Dobi Layan Diri Meletup

Sebuah kedai dobi layan diri dan rumah kedai di Taman Jinjang Baru, Kuala Lumpur terbakar selepas berlaku letupan menyebabkan seorang wanita melecur 50 peratus, malam tadi.


Astro AWANI melaporkan, selepas menerima laporan daripada orang awam kira kira jam 8.05 malam, anggota bersama tiga buah jentera dan sebuah EMRS dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jinjang, Sentul, Hang Tuah dan Sri Hartamas dikejarkan ke lokasi.





Menurut laporan, anggota berjaya mengawal api sekitar jam 8.22 malam.

“Kita percaya daripada saksi berlaku letupan di kedai dobi sebanyak 3 kali.

“Kebetulan seorang mangsa wanita berusia 40-an berada di dalam kedai dobi dan cedera 50 peratus melecur,” jelas Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPBM) Kuala Lumpur, Ruhisha Haris.



Foto: Astro AWANI



Pelanggan kedai dobi berusia 40-an terbabit dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut.


Sementara itu, tiga lagi mangsa warga Indonesia yang tinggal di rumah berkenaan sempat terjun dari tingkap premis untuk menyelamatkan diri.


Berdasarkan siasatan awal forensik, kebakaran itu memusnahkan 80 peratus kedua dua premis, manakala punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *