Tular Guna Waze Kena Saman, Rupanya Kantoi Salah Sendiri

Satu gambar salinan surat saman dan nota suara seorang lelaki yang mendakwa disaman kerana menggunakan aplikasi Waze semasa memandu tular sejak semalam di media sosial.

Berikutan itu ramai netizen yang mempersoalkan, “Guna Waze pun tak boleh?”

Susulan itu Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari tampil memberi kenyataan.

Bercakap kepada Harian Metro, beliau berkata,

“Saya sudah semak dan teliti perkara ini. Saman berkenaan dikeluarkan kerana individu berkenaan didapati sebelah tangannya memegang telefon bimbit semasa memandu.

“Saman berkenaan bukan kerana dia gunakan Waze atau apa sahaja aplikasi dalam telefon bimbit.”

Tambahnya lagi jika telefon bimbit berkenaan diletakkan pada pemegang atau dashboard, maka ia tidak menjadi satu kesalahan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *