Tanpa Berita Palsu, DAP Tidak Akan Boleh Hidup

Sehingga hari ini masih kedengaran bantahan yang disuarakan oleh para pemimpin pembangkang, terutamanya dari DAP berhubung Akta Anti Berita Palsu. Bagi mereka, akta ini boleh menyekat hak kebebasan bersuara di samping ianya boleh menyekat apa jua berita mengenai 1MDB untuk diketahui oleh rakyat.

Menariknya, Jabatan Negara Amerika (DoJ) sendiri seolah-olah berpakat dengan mereka dengan mendakwa, Malaysia mengambil satu langkah kebelakang apabila meluluskan Akta ini. Namun, DoJ sendiri cuba menutup satu lagi fakta bahawa negara paling berkuasa di Eropah, Jerman, turut menguat kuasakan akta yang serupa bagi menjaga keamanan dan kestabilan politik di negara berkenaan.

Dalam perkembangan yang sama, DAP sanggup menbidas PAS yang menyokong usul berkenaan di luluskan. Bagi DAP, PAS telah bersekongkol dengan BN bagi melindungi hubungan politik natara kedua-dua parti berkenaan. Dalam reaksi balas, PAS menegaskan, akta ini perlu dikuatkuasakan kerana apa yang dikhuatiri, kebanjiran berita palsu ini akan merosakkan kestabilan dan keamanan negara.

Kenapa DAP begitu beriya-ia menentang Akta ini sedangkan jika difikir secara logik, akta ini cukup baik buat rakyat dan pemimpin di seluruh negara? Jawapannya cukup mudah. Sepanjang penggal ini, bukan satu perkara yang mengejutkan apabila hampir kesemua pemimpin DAP menyerang kerajaan dan Datuk Seri Mohd Najib dengan menggunakan isu membabitkan 1MDB.

Salah seorang daripada pemimpin ini adalah Ahli Parlimen Petaling Jaya Timur, Tony Pua yang kerap kali cuba menimbulkan pelbagai masalah apabila bertanyakan pelbagai hal tentang 1MDB. Walhal, segala persoalan yang diajukannya itu telah dijawab oleh pihak kerajaan dan pihak pengurusan 1MDB itu sendiri.

Apa yang dirumuskan sepanjang usaha DAP memburukkan kerajaan menerusi isu 1MDB adalah, mereka sedaya upaya memutar belitkan pelbagai fakta mengenai 1MDB. Walaupun sudah berulang kali ditegaskan bahawa apa yang berlaku di dalam 1MDB itu adalah kesilapan dalam membuat keputusan oleh pihak pengurusan tertinggi 1MDB, mereka tetap cuba mengaitkan 1MDB dengan kerajaan dan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Satu lagi permainan jahat DAP ialah memutar belitkan fakta mengenai GST. DAP sedar, cukai GST ini akan menjadikan sistem pemungutan cukai daripada peniaga dan pemborong dengan lebih efisyen. Ditambah pula dengan majoriti peniaga dan pemborong serta pembekal adalah terdiri dari kaum Cina. Justeru DAP terus memanipulasikan keadaan dengan menyebarkan berita fitnah hanya untuk membuatkan rakyat membenci kerajaan.

Itu baru dua contoh bagaimana DAP hanya mampu bertahan dengan hanya menyebarkan berita palsu dan fitnah. Mungkin, DAP mampu meraih sokongan daripada penyokongnya dengan hanya bergantung sepenuhnya kepada berita palsu dan fitnah. Oleh yang demikian, apabila Akta ini berkuatkuasa, DAP kehilangan satu modalnya untuk berpolitik dan ini pastinya akan menyusahkan mereka kelak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *