Tampil Berbeza, Izzue Islam Jual Spender

Beberapa tahun kebelakangan ini, memang tidak dinafikan mekarnya barisan selebriti di dalam dunia perniagaan lebih-lebih lagi dengan bantuan sosial media, membuatkan jualan mencanak-canak. Tampil berbeza, Izzue Islam hadir dengan produk tersendiri iaitu pakaian dalam berjenama IzzuExclusive.

“Ini juga merupakan salah satu percubaan untuk bisness IzzuExclusive sebab biasanya kalau nak beli boxer, kena dapatkan di pusat beli belah. Kali ini mereka boleh beli terus secara online melalui instagram @izzuexclusive”

“Saya tak perlu malu sebab semua orang pun pakai seluar dalam. Bagi saya, dalam berniaga jika malu, sukar untuk maju. Cuma kena berhati-hati dengan sensitiviti dan cara untuk mempromosikan jenama,” kongsinya kepada Utusan Online.

Jika tiada perkara menghalang, pastinya produk keluaran selebriti mudah untuk mendapat tempat di hati peminat lebih-lebih lagi menjelang hari raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *