Tak Bagi Anak Didekati, Bapa Tendang Anak Orang Lain

Seorang bapa dianggap ‘melebih-lebih’ dalam melindungi anaknya apabila dia sanggup menghalau anak orang lain yang bermain di tempat yang sama.


Rakaman kejadian yang dilaporkan berlaku di Sunshine Childhood Playland, Northpoint City di Yishun, Singapura, itu dimuat naik oleh seorang ibu kepada anak kecil yang diserang lelaki berkenaan.


Melalui rakaman tersebut, anak wanita berkenaan mahu bermain bersama dengan anak lelaki berkenaan.


Namun malangnya lelaki itu cuba menghalang dan menghalau anak wanita berkenaan.

Lelaki berkenaan juga turut memarahinya, menendang, menolak dan melemparkan mainan ke arahnya.


Ibunya berkata,  “Anak saya tak tahu apa-apa dan tak boleh melawan,” tulis ibunya.


“Dalam video itu, dia yang berusia lima tahun ditendang, ditolak, dilayan dengan kasar. Adakah ini caranya ibu bapa melayan kanak-kanak lain?”


Wanita tersebut kemudiannya membuat laporan polis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *