Selebriti Taiwan Mengaku Amalkan Rasuah Di Malaysia

Bercakap tentang rasuah, mana-mana negara pun ada. Bukan sahaja melibatkan orang yang berpengaruh, sesiapa pun boleh terjebak dengannya.

Baru-baru ini nama Malaysia menjadi sebutan dalam satu rancangan di Taiwan di mana seorang selebriti di sana mendedahkan pengalamannya ditahan oleh polis negara ini.

 

 

Menurutnya sewaktu berjalan-jalan,  dia ditahan dalam satu sekatan jalan raya. Dakwanya lagi pihak polis telah mengambil kesempatan memandangkan dia pelancong dari luar negara.

 

Gambar hiasan

Bukan itu sahaja, pihak polis tersebut menuduhnya masuk ke Malaysia secara haram walaupun terang-terang passport sudah dicop.


Selebriti berkenaan cuba memberi NT100(RM132) tetapi ditolak dan mengugut untuk membawa dia ke balai polis.


Kemuncak yang mengejutkan dirinya adalah selepas menawarkan wang sebanyak RM 500, polis tersebut bersetuju melepaskannya.

Susulan itu, ramai yang kecewa dan malu dengan pendedahan yang dibuat oleh selebriti tersebut.

Ada juga yang katanya selebriti itu cuba memburukkan Malaysia dan mereka-reka cerita.

Sumber : Facebook lobak merah

Apapun kita tak tahu cerita ini sahih atau tidak. Sama-samalah kita elakkan diri dari terjebak dengan rasuah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *