Rakyat Jangan Mudah Terpedaya Dengan Janji Pembangkang

Timbalan Menteri Dalam Ne­geri, Datuk Nur Jazlan Mohamed mengakui amat kecewa dengan tindakan pembangkang yang dilihat hanya mahu mempermainkan pengundi mereka.

Rakyat terutamanya di negeri ini diingatkan supaya tidak terpedaya dan menolak calon ‘nomad’ (berpindah) gabungan pembangkang PKR yang tidak mengutamakan nasib pengundi, sebaliknya hanya mementingkan diri sendiri dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) ini.

“Kita tengok Salahuddin Ayub (Timbalan Presiden PAN) yang bertanding di Parlimen Pulai di sini dan Dewan Undangan Ne­geri (DUN) Simpang Jeram di daerah Muar. Bagaimana dia nak berkempen di dua tempat dan kalau menang pula di kedua-dua kerusi bagaimana dia nak jadi wakil rakyat yang efektif.

“Pembangkang juga dilihat carca-marba apabila mereka tidak dapat meletakkan seorang calon di satu tempat. Mereka terpaksa guna jumlah calon yang kecil yang bertanding di dua tempat, sekali gus memperlihatkan mereka tidak ada calon berkaliber nak dikete­ngahkan,” katanya selepas Majlis Apresiasi Pegawai, Kakitangan dan Keluarga Kastam Diraja Malaysia di Kempas, di sini kelmarin.

Justeru, beliau yang juga penyandang kerusi Parlimen Pulai berkata, gerakan pembangkang yang carca-marba dan tidak mendapat sambutan orang ramai itu menunjukkan bahawa tsunami Melayu atau Cina tidak akan berlaku pada PRU-14.

Dalam pada itu, beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Pulai turut mengingatkan para pengundi tidak terperdaya dengan imej atau video yang dikongsi pembangkang seperti jumlah kehadiran orang ramai ke ceramah, kononnya menunjukkan sokongan kepada mereka.

Jelasnya lagi, menasihatkan para pengundi jangan terperdaya kerana mereka akan menggunakan media sosial untuk sebarkan berita tidak benar seperti yang sudah dikesan iaitu gambar yang dikeluarkan itu berlaku pada PRU-13.

-PRU14.TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *