#PRU14 : DAP Bunuh Kebenaran Dan Agungkan Berita Palsu

Penyandang kerusi Ahli Parlimen Kepong, Dr Tan Seng Giaw dari DAP terbukti menjadi mangsa parti pembunuh kebenaran iaitu parti DAP apabila disingkirkan dari mempertahakan kerusi berkenaan kerana tidak mahu mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melakukan kesalahan dalam isu 1MDB.

Penyandang kerusi Parlimen Segambut, Lim Lip Eng diumumkan menggantikan beliau untuk bertanding di Kepong.

Itulah harga kebenaran di dalam parti DAP. Jika bercakap benar atau cuba menentang pemimpin, ahli atau pemimpin yang tidak sebulu akan dipecat atau digantung dari parti termasuk digugurkan dari bertanding.

DAP hanya akan “simpan” pemimpin mereka yang gemar membuat berita palsu, menyebarkan maklumat palsu dan gemar mengutuk Barisan Nasional (BN) tidak kira atas sebab apa pun yang penting BN tumbang. Lip Eng merupakan antara barisan Ahli Parlimen mewakili DAP yang sama-sama memberikan tuduhan palsu ke atas 1MDB dan Najib ketika sidang Dewan Rakyat.

Dr Tan bagaimanpun kekal dengan pendiriannya bahawa Najib tidak terlibat dalam salah urus tadbir 1MDB seperti yang termaktub dalam Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Beliau kekal berpegang teguh pada kenyataannya bahawa laporan PAC terhadap syarikat pelaburan strategik negara itu tidak membabitkan Najib.

“Itu pandangan saya berdasarkan laporan PAC mengenai 1MDB. Saya berpendapat, bukti perlu dikemukakan bagi mengaitkan pembabitan seseorang.

“Kegagalan berbuat demikian akan menjadikan (tuduhan) itu palsu,” katanya.

Sebelum ini, ada ahli yang cuba menentang kepimpinan DAP dengan mempersoalkan kepincangan parti menerima padah apabila disaman di mahkamah dan ada juga yang disaman sehingga menjadi muflis.

DAP menolak kebenaran bahawa Setiausaha Agung mereka, Lim Guan Eng melakukan rasuah dan sanggup mempertahankannya sampai boleh terus kekal jadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Berapa ramai juga ahli dan ada wakil rakyat dari DAP yang keluar parti dan jadi Bebas dek kelakuan jenayah Guan Eng.

Perjuangan DAP pada masa kini hanya berlandaskan berita palsu kerana di Malaysia BN sudah melakukan semua yang mampu oleh sebuah kerajaan untuk menjaga kebajikan rakyatnya. Tiada apa-apa yang kurang untuk rakyat Malaysia dilakukan oleh BN. Oleh kerana tidak ada modal, sebab itu DAP reka kepalsuan untuk jatuhkan BN.

Pengundi di Kepong sudah pasti akan membalas dendam kepada DAP kerana menjadikan Dr Tan sebagai mangsa politik kerana bercakap benar dalam isu 1MDB.

Angka 36 tahun jadi Ahli Parlimen untuk DAP pun tidak akan menghalang kepimipinan parti menyingkirkannya walaupun sentiasa dapat sokongan dari pengundi di Kepong. Sudah lapan penggal beliau mewakili DAP di kawasan Parlimen itu.

#JomBN

#HebatkanNegaraku

#HebatkanBN

#DahulukanRakyat

#ManifestoBN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *