Penyakit Misteri Keena Mentor

Penyanyi Keena atau Suriana Abdul Wahab berkongsi pengalaman ngerinya bertarung dengan penyakit misteri yang dikatakan berpunca daripada perbuatan sihir.

Tidak tahan dengan penderitaan yang dialaminya, Keena akhirnya berkongsi kisah itu di media sosial dengan tujuan untuk memberi peringatan kepada semua pihak tentang amalan karut itu.

Keena merupakan bekas peserta program Mentor dan protege kepada penyanyi Awie. Kini, dia sudah mula aktif dalam bidang lakon drama dan memilih genre dangdut sebagai persembahan di atas pentas.

Baru-baru ini, penyanyi ini mendakwa dirinya telah disantau oleh 3 individu yang tidak dikenali. Kisah ini telah dikongsi dan memuat naik beberapa gambar kesan lebam pada tubunya di laman Facebook milik Keena. Boleh dikatakan, banyak juga kesan lebam membiru seolah digigit oleh ‘seseorang’.

“Kalau nak buat Keena mati kan terus, ambil nafas , jangan buat Keena siksa macam ni, jangan benda pulang ke dalam badan anda balik”,katanya dalam temubualnya bersama sebuah media.

Jelas apa penderitaan dialami Keena terlalu berat dan baginya ia satu pengalaman baru dan memberi peringatan kepada semua pihak tentang amalan karut itu.

-PRU14.TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *