Martial Tolak Kontrak Baru Man United

JUVENTUS sedia untuk mendapatkan Anthony Martial selepas pemain Perancis itu menolak kontrak baharu daripada Manchester United.

Martial difahamkan semakin kecewa dengan peluangnya yang semakin tipis dengan kemunculan pemain baharu, Alexis Sanchez.

Walaupun beliau telah membuat 40 penampilan dan menjaringkan 11 gol, Martial sering bergantian dengan Marcus Rashford, sedangkan mahu lebih banyak aksi dalam barisan pertama pasukan itu.

Beliau kini bersedia untuk mencari kelab baharu pada musim panas ini.

Selain Juventus, Tottenham, Atletico Madrid dan Paris Saint-Germain juga sudah lama menyimpan hasrat untuk mendapat Martial.

Pemain berusia 22 tahun itu dilihat cepat menangkis pertikaian mengenai ketidakpuasannya di Old Trafford sebelum ini.

Bagaimanapun, beliau juga sukar untuk melihat banyak perubahan dengan Romelu Lukaku dan Sanchez sering memegang peranan utama. – Mail Online UK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *