Mahathir Lagi Takutkan Kemarahan Ambiga Dari Kemurkaan Sultan

Baru-baru ini, Tun Dr Mahathir Mohamad mencetuskan satu lagi kontroversi yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang ahli politik vateran sepertinya. Dalam satu kenyataan, dia seolah-olah memperlekeh dan menghina kaum India di negara ini apabila menyebut perkataan “Keling” semasa cuba memperlekehkan Daatuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Ini bukaan kali pertama Mahathir mencetuskan kontroversi. Semasa satu perhimpunan di Padang Timur, Petaling Jaya, Oktober tahun lalu, Mahathir turut menghina kaum Bugis yang digelarkannya sebagai kaum lanun, juga bertujuan untuk menghina Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Penghinaan ini telah mengundang kemurkaan Duli Yang Maha Mulia, Paduka Sultan Selangor, Sultan Sharifuddin Idris Shah dan Duli Yang maha Mulia, Paduka Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar. Malah, etnik Bugis yang majoritinya tinggal di Indonesia juga menzahirkan kemarahan mereka terhadap Mahathir dan ianya turut disertai oleh etnik Bugis yang ada di Malaysia.

Pelbagai pihak mendesak Mahathir untuk memohon maaf atas keceluparannya itu namun Mahathir lebih senang untuk mendiamkan diri. Lebih biadab lagi, Mahathir telah memulangkan pingat kebesaran negeri yang diterima dari negeri Selangor sebagai tanda keenggannya memohon maaf atas isu ini. Lebih teruk lagi, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, turut menarik balik Darjah Kebesaran negeri daripada Mahathir.

Namun, semua itu langusng tidak melenturkan keegoan Mahathir untuk meminta maaf kepada Duli-Duli Tuanku Sultan. Dia lebih senang mendiamkan diri dan hanya berharap, penghinaannya terhadap etnik Bugis, walaupun ditujukan kepada Datuk Seri Mohd Najib, akan berlalu dan dilupakan begitu sahaja.

Menariknya, dalam isu “Keling” ini, tidak sampai 48 jam, Mahathir pantas membuat sidang media bagi menyatakan permohonan maafnya atas ketelanjuran yang telah dia buat. Semuanya gara-gara kemarahan yang ditunjukkan oleh Datuk S Ambiga terhadapnya kerana tergamak menggunakan istilah berkenaan secara terbuka.

Dalam satu kenyataan, Ambiga mendakwa, dia kesal dengan cara Mahathir melemparkan sindiran dengan menggunakan perkataan “Keling”. Sepatutnya Mahathir tidak boleh menggunakan perkataan berkenaan yang disifatkannya sebagai amat sensitif. Disebabkan inilah, Mahathir bertindak meminta maaf secara terbuka bagi menyahut kemahuan Ambiga yang menuntut dia membuat permohonan maaf secara terbuka.

Mari kita lihat disini, bagaimana Mahathir lebih takutkan kemarahan Ambiga berbanding kemurkaan ketiga-tiga Istana iaitu Istana Selangor, Istana Johor dan Istana Kelantan. Dia lebih sanggup membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung isu “Keling” berbanding membuat perkara yang sama dalam isu Bugis yang mengundang kemurkaan pihak Istana.

Adakah pemimpin seumpama ini yang mahu diangkat sebagai Perdana Menteri? Adakah ini sikap dan contoh yang baik yang perlu diikuti oleh semua pihak? Nampaknya, Mahathir jauh lebih menyayangi “keling” daripada menjaga hubungan baiknya dengan ketiga-tiga Istana dengan hanya perlu meminta maaf secara terbuka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *