Mahathir Akhirnya Minta Maaf Setelah Dikecam

Baru-baru ini,pada Sabtu dalam ceramahnya di Muar, Johor,Pengerusi Pakatan Harapan yang diketuai DAP, Mahathir dikritik kerana menggunakan julukan berunsur perkauman iaitu perkataan “keling” ketika mengkritik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan dilaporkan berkata “Saya mahu gunakan perkataan ‘keling’. Orang ‘keling’ cakap podah”.

Tindakan beliau itu mengundang reaksi dan kemarahan pelbagai pihak yang menggesa Dr Mahathir pemimpin pembangkang itu memohon maaf.

Setelah dikecam pelbagai pihak termasuk Pengerusi Hak Asasi Manusia Nasional (Hakam), Datuk S Ambiga dan masyarakat India di negara ini, Tun Dr Mahathir Mohamad tiada pilihan akhirnya memohon maaf kepada komuniti itu kerana menggunakan istilah menghina dan memperlekehkan kaum itu.

Bekas Perdana Menteri itu mendakwa tidak bermaksud menghina sesiapa kerana istilah berkenaan sering digunakan ketika zaman kanak-kanaknya.

“Saya mahu meminta maaf kepada komuniti India kerana menggunakan istilah itu. Saya tidak bermaksud untuk menghina sesiapa.

“Ketika saya budak-budak, kami selalu menggunakan perkataan itu. Namun sekarang ini perkataan itu dianggap satu penghinaan.

“Sekali lagi, saya memohon maaf kerana menimbulkan masalah ini,” katanya pada sidang media di Bangunan Yayasan Selangor di Petaling Jaya,pada Isnin.

Pada 2016, sebelum ini Dr Mahathir juga dikatakan pernah menggunakan istilah sama dan dikecam hebat pelbagai pihak.Jadi, tindakan beliau itu sudah membuktikan beliau memandang rendah kepada masyarakat India Malaysia selama ini.

Apa yang boleh dikatakan, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya apabila ia terpalit sendiri di muka Tun Dr Mahathir Mohamad apabila menggunakan perkataan ‘keling’, satu penghinaan berunsur perkauman.

-PRU14.TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *