Liverpool Mara Separuh Akhir

LIVERPOOL mara ke separuh akhirLiga Juara-Juara selepas menewaskan Manchester City dengan 2-1, awal pagi Rabu.

Dalam aksi pusingan kedua suku akhir itu, pemain Manchester City, Gabriel Jesus membuat kejutan apabila menjaringkan gol seawal dua minit permainan.

Ia bagaikan cuba bangkit semula selepas kekalahan 3-0 dalam pusingan pertama di Anfield pada minggu lepas.

Bagaimanapun, pasukan di bawah pengurus Pep Guardiola gagal menyempurnakan corak permainannya secara konsisten.

Sebaliknya, Liverpool terus mara pada separuh kedua dengan jaringan Mohamed Salah dan Roberto Firmino di Stadium Etihad.

Jaringan itu menyaksikan Liverpool memperoleh kelebihan dengan agregat 5-1. – Eurosport

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *