KELEBIHAN HARI RABU DALAM ISLAM

Kelebihan Hari Rabu Dalam Islam

Dari Anas bin Malik r.a. ia berkata bahawa Rasullullah telah ditanya mengenai hari Rabu. Maka Baginda menjawab, ” Hari Rabu adalah Hari Bencana yang terus menerus”. Para Sahabat bertanya, ” Mengapa demikian Ya Rasulullah ?” Lalu Baginda menjawab, ” Kerana pada hari itu Allah telah menenggelamkan ( menghancurkan) Fir’aun dan kaumnya, memusnahkah kaum Aad dan kaum Tsamud, yaa’ni kaum Nabi Allah Saleh r.a. yang engkar terhadap kerasulan dan kenabiannya.

Mengikut pendapat sesetengah Ulamak, maka barang siapa yang hendak sembuh dari penyakit, hendaklah ia mengamalkan meminum ubat pada Hari Rabu.

Perkara-perkara Yang Berlaku Pada Hari Rabu:

1.Auj bin Unuq dibinasakan dengan Burung Hud Hud.
2. Allah s.w.t. menenggelamkan Qarun bersama keluarga dan kekayaannya ke dalam perut bumi.
3. Fir’aun dan kaumnya dibinasakan dengan ditenggelamkan di dalam Sungai Nil.
4. Allah s.w.t. menghancurkan Raja Namruz bin Kan’an dengan memasukkan serangga kedalam telinganya. .
5. Allah s.w.t menghancurkan kaum Nabi Saleh a.s.
6. Syadad bin Aad dibinasakan dengan suara Jibrail a.s.
7. Allah s.w.t. menghancurkan kaum Nabi Hud a.s. dengan menghembuskan angin yang kuat

-PRU14.TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *