Guru Kantoi Sedang Gulung Rokok Ganja

Seorang penjawat awam ditahan ketika sedang asyik menggulung rokok daun disyaki berisi ganja di sebuah rumah dekat Taman Changkat Lada Raya, Kampung Gajah, tengah malam Isnin.


Memetik BH Online, serbuan jam 12.45 malam itu dijalankan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah.

“Ketika serbuan, suspek disyaki penagih dadah didapati sedang duduk di atas lantai bilik rumah berkenaan dan pemeriksaan lanjut menjumpai satu bekas plastik warna ungu yang di dalamnya berisi tumbuhan kering disyaki dadah jenis ganja.

Foto: BH Online

“Turut dijumpai di atas lantai dalam bilik berkenaan adalah satu paket plastik berisi tembakau dan rokok daun serta gunting yang disyaki peralatan untuk menghisap dadah,”¬†kata Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah.


Semakan awal mendapati suspek yang juga guru di sebuah sekolah menengah di Kampung Gajah itu tiada rekod jenayah lampau.

“Ujian awal saringan air kencing mendapati lelaki terbabit positif bahan berunsur `11-nor-delta-9-tetrahydrocannabinol-9-carboxylic acid (THC)’.

“Kes kini disiasat mengikut Seksyen 39A (1) dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952,”katanya.¬†

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *