DAP Jaja Kisah Azan Dua Kali Untuk Tipu Pengundi Malaysia

DAP pernah dilihat sebagai parti yang melarang azan berkumandang di masjid-masjid sekitar Pulau Pinang. Apabila perkara tersebut mendapat kritikan pedas dari rakyat Malaysia, DAP menafikan pula pernah mengeluarkan larangan tersebut.

Kini Pilihan Raya Umum ke 14(PRU14) bakal berlangsung kurang dari sebulan. DAP mula membangkitkan isu laungan azan pada waktu subuh pula dalam usaha menarik sokongan pengundi Islam sedangkan semua rakyat Malaysia tahu bahawa DAP merupakan parti anti Islam dan anti Melayu.

Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim berkata, Pulau Pinang merupakan negeri tunggal di negara ini yang membenarkan laungan azan subuh sebanyak dua kali. Bagaimanapun, kata Steven, beliau terpaksa menukar kenyataannya apabila mendapat teguran daripada Mufti Perlis, Prof. Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin.

Bagaimanapun, kenyataan Steven itu menimbulkan persoalan kerana secara tradisinya laungan azan subuh turut berkumandang sebanyak dua kali di negeri – negeri lain termasuk Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perak.

Pengarah Institut Kajian Analisis Politik Malaysia (MAPAN), Universiti Utara Malaysia, Dr Kamarul Zaman Yusoff dalam posting di facebook beliau pernah menggemparkan Malaysia dengan pendedahan yang dibuat ke atas evangelis tegar DAP.

Posting yang bertajuk: ‘Lagi Bukti Kristianisasi DAP: Bukan Saja Hannah Yeoh, Tetapi Steven Sim Dan Joshua Woo Juga Adalah Evangelis Tegar!’ antara lain berbunyi. “Lebih menarik lagi ialah Joshua Woo, di dalam buku ini, memperkenalkan diri beliau sebagai seorang paderi.” Dan “…beliau memperkenalkan Steven Sim di dalam blog beliau pada 31 Disember 2005 sebagai seorang pendakyah Kristian, atau lebih tepat, “a missionary (or missionary pastor to be) who just got back from a mission conference in Africa”.

Malah kedua-dua tokoh DAP itu juga (Joshua Woo merupakan bekas Pegawai Khas Ahli Parlimen Bukit Mertajam) menghabiskan satu minggu mengarang ‘A theological response towards Malaysia’s 2010 Budget’ yang menurut Dr Kamarul Zaman Yusoff lagi “mempersoalkan keistimewaan sosio-ekonomi dan politik Bumiputera.”

“Our reaching out has been restricted to ‘reaching out to bring ‘em in’, our evangelism, proclaiming of the good news, has been restricted to holy club recruitment drives. With many Christians taking up the challenge of participation rather than isolation, especially in the arena of politics, it is crucial for the church to be able to bless their endeavors not merely with words and prayers, but also by theological praxis (actions/practices).”

DAP dlihat cuba menganggu ketenteraman awam apabila mereka menyerang perkara-perkara yang berkaitan dengan agama Islam seperti RUU355 dan lain-lain lagi.  Dalam masa yang sama RUU babi pula telah diluluskan dengan mudah di Pulau Pinang. Persidangan Dun Pulau Pinang meluluskan Rang Undang-undang Perternakan Babi 2016 pada bulan November tahun tersebut.

#jomBN

#DahulukanRakyat

#BersamaBN

#HebatkanNegaraku

– pru14.tv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *