Dagu Terbelah Gara-Gara Tali Tangsi Merentang Tengah Jalan

Seorang lelaki menanggung kesakitan menerima 25 jahitan di dagu selepas terkena tali tangsi semasa menunggang motosikal di Lebuhraya Sistem Penyuraian Kuala Lumpur Barat Sdn Bhd (SPRINT) berhampiran di Kampung Kayu Ara, Petaling Jaya.


Harian Metro melaporkan, mangsa berusia 25 tahun yang bekerja sebagai penghantar makanan itu sedang dalam perjalanan menghantar makanan kepada pelanggan berhampiran Glomac Damansara, Jalan Damansara.

Foto: Facebook

Dia dipercayai terlanggar seutas tali tangsi yang merentang di tengah jalan sekaligus menyebabkan kecederaan pada dagu.


Wakil dari  Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) berkata,


“Ketika menunggang motosikal dari arah Persiaran Tropicana menghala ke Glomac Damansara melalui Lebuhraya SPRINT, lelaki berkenaan terlanggar seutas tali tangsi sebaik tiba di lokasi.


“Tali berkenaan terkena pada dagu dan leher mangsa sebelum dia menerima rawatan di PPUM. Mangsa menerima 25 jahitan akibat luka.” 



Foto: Facebook

Siasatan berhubung kewujudan tali tangsi berkenaan masih disiasat, sama ada ia berunsurkan khianat atau sebaliknya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *