Cuti Umum 9 Mei : Tak Perlu Berjanji, Kerajaan Terus Bagi

 

Begitulah Kerajaan Persekutuan hari ini, sehinggakan hal cuti umum pun sentiasa memikirkan kebajikan rakyat.

Semalam SPR umumkan tarikh pengundian PRU14 adalah pada 9 Mei 2018 bersamaan dengan hari Rabu.

Hari ini, Kerajaan Persekutuan beri Cuti Umum pada 9 Mei, hari Rabu tersebut.

Rupa-rupanya ada hikmah. Jika PRU14 dibuat pada hari Sabtu, rakyat tidak dapat merasa Cuti Umum tambahan (extra) ini.

Dengan ini, oleh sebab rakyat Malaysia gemar, bijak dan selalu ambil ‘cuti tersepit’ sebelum ini, maka rakyat bolehlah mohon sambung cuti pada 7 & 8 Mei atau 10 & 11 Mei, maka dapatlah bercuti panjang secara total 5 hari termasuk cuti hujung minggu.

Inilah kebajikan Kerajaan Persekutuan. Undi tak sampai 2 jam, dapat cuti 24 jam.

Kerajaan dan rakyat berpisah tiada.

SELAMAT MENGUNDI.
SELAMAT BERCUTI.

#PRU14
#GE14

sumber:https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10216193584451180&id=1198916291

-PRU14.TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *