Azmin Hanya Fokus Bonus Lebih Tiga Bulan Tanpa Hiraukan Masalah Air Selangor

SELURUH negara tahu bahawa Selangor sedang menghadapi masalah air yang kritikal memandangkan air terawat di negeri tersebut berada pada kadar yang tidak selamat.

Pada bila-bila masa sahaja rakyat Selangor akan terpaksa mengangkat air dengan menggunakan baldi lagi sekali sekiranya berlaku paip pecah di mana-mana sahaja bahagian dalam negeri tersebut.

Namun sikap tidak bertanggungjawab  Menteri Besar Selangor, Azmin Ali semakin melampau apabila beliau memberi bayangan penjawat awam negeri tersebut akan mendapat bonus lebih banyak berbanding tahun lalu, jika Pakatan Harapan menang di negeri itu pada pilihan raya umum ke-14(PRU14).

Sebenarnya penjawat awam negeri tersebut rasa marah dengan pengumuman Azmin pada 3 November lalu. Beliau mengumumkan pemberian bonus 3 bulan kepada kakitangan kerajaan negeri Selangor, tetapi hanya bonus satu bulan diberikan pada Disember lalu dan bonus dua bulan pula kononnya sudah diberikan pada Jun 2017.

Azmin sinonim dengan publisiti murahan. Sejak menyandang gelaran menteri besar Azmin telah banyak kali berlakon terjun longkang untuk cuci longkang, basuh baju, sembur ubat nyamuk dalam bas, pakai pendakap leher, pulang kereta rasmi, naik “Grab Car” dan lain-lain lagi.

Jika kita fikirkan secara logik, kerja-kerja tersebut tidak ada dalam skop kerja seorang menteri besar namun demi untuk mendapatkan populariti murahan maka beliau sengaja melakukannya walaupun ianya langsung tidak mampu memperbaiki masalah dalam negeri Selangor.

Malah rakyat Selangor terus dianiaya oleh kerajaan pakatan diketuai DAP itu. Para peneroka Ijok sedang merintih nasib ditipu dalam pengambilan tanah mereka.

Pegawai Khas Perdana Menteri Isham Jalil tampil menjawab beberapa persoalan yang tidak didedahkan oleh Azmin Ali dalam usaha beliau untuk membohongi rakyat Selangor dengan aksi tikam-tikam peta dalam sidang DUN tanpa memberi peluang skandal tersebut dibahaskan..

Pada tahun 1998, kerajaan Barisan Nasional telah memberi tanah sebanyak 2800 ekar kepada 987 peneroka. Tetapi kerajaan pakatan pula ambil dan rampas tanah ini kenudian diberikan pula kepada pemaju dengan pampasan yang tidak setimpal dan sewajarnya kepada peneroka.

Dalam sidang DUN, Azmin dengan angkuhnya mengatakan yang beliau berjaya menyelesaikan masalah peneroka tanpa memberi pampasan kepada pemaju. Ada dua perkara yang tidak masuk akal dalam kenyataan Azmin ini.

Pertama, kenapa pula kerajaan Selangor atau MB Selangor perlu membayar pampasan kepada pemaju yang ingkar, pecah kontrak dan mungkir janji kepada peneroka-peneroka. Dan pemaju ini telah kalah sebanyak dua kali di Mahkamah Tinggi dan Mahlamah Rayuan berkenaan perkara tersebut. Sepatutnya pemaju-pemaju yang ingkar ini dikenakan denda bukannya bagi pampasan kepada mereka. Pihak peneroka yang sepatutnya menerima pampasan tersebut.

Perkara kedua pula, mengapa Azmin Ali membatalkan prosiding pengambil alihan tanah dari pemaju yang ingkar ini. Selepas itu beliau telah berunding pula dengan pemaju-pemaju ini dan kemudian telah menyerahkan tanah-tanah ini kepada pemaju tersebut.

Pemaju ini pula telah menjual tanah ini dengan mendapat keuntungan sebanyak RM880 juta. Ini bermakna Azmin Ali membayar pampasan kepada pemaju ini sebanyak beratus-ratus juta sedangkan peneroka-peneroka yang dianiaya ini hanya mendapat RM180,000 sahaja.

Dalam perkara ini, wujud unsur-unsur penganiayaan dan peneroka-peneroka dipermainkan. Sekiranya Selangor kembali semula kepangkuan Barisan Nasional maka isu ini antara perkara pertama yang akan mereka selesaikan.

#jomBN
#BersamaBN
#HebatkanNegaraku
#DahulukanRakyat

– pru14.tv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *