Tunjuk Isyarat Lucah Sambil Buang Bendera BN

Satu video yang merakamkan seorang lelaki mencabut bendera Barisan Nasional dan membuangnya ke tanah tular di media sosial.

Lelaki berkenaan kelihatan berang dan turut mengeluarkan kata-kata kesat serta menunjukkan isyarat lucah kepada perakam video.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, “Kes itu berlaku pada Ahad di Jalan Burhanuddin Helmi di Taman Tun Dr Ismail.

“Laporan dibuat oleh orang yang mengambil video, orang yang memasang bendera serta wakil Pemuda Umno.”

mStar Online melaporkan, polis menggesa sesiapa yang mempunyai maklumta tentang lelaki tersebut segera tampil membantu siasatan.

“Kami sedang menyiasat kes itu di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan kerosakan dan kerosakan.”

Mazlan menambah, sebarang kesalahan yang melibatkan tindakan meletakkan bendera parti politik sebelum tempoh kempen pilihan raya jatuh di bawah bidang kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Kebenaran daripada majlis-majlis tempatan juga diperlukan sebelum memasang sebarang bendera.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *