Torres Bakal Tinggalkan Atletico Madrid

FERNANDO Torres merancang untuk meninggalkan kelab sebaik sahaja kontraknya tamat musim ini.

Penyerang Atletico Madrid itu mencari peluang untuk beraksi lebih kerap berbanding musim ini yang hanya merakam tiga penampilan La Liga dan 17 keseluruhannya musim ini serta menjaringkan dua gol.

“Saya ingin mengambil peluang ini untuk memberitahu bahawa ini adalah musim terakhir bersama kelab.

“Ia bukan keputusan mudah. Cuba mencari sesuatu yang realiti dan harap yang terbaik.,” jelas bekas pemain Chelsea berusia 34 tahun itu.

Penyerang Spanyol itu berada di kelab ini buat kali kedua selepas berpindah ke Liverpool pada tahun 2007.

Selepas itu dia berada di Stamford Bridge dan AC Milan dan kembali ke Sepanyol pada tahun 2015.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *