Takut Bini, Nabil Tak Mungkin Nikah Lain

Nabil Ahmad tidak pernah terlintas untuk memadukan isterinya, Nazirah Ayub dan bersyukur kerana mempunyai isteri yang begitu melengkapi hidupnya selama tujuh tahun bergelar suami.

“Sejujurnya tak pernah terfikir nak kahwin atau tambah isteri lagi sebab yang ada seorang ni pun dah cukup.


“Saya sedar kemampuan diri dan belum cukup sempurna untuk memegang amanah berat itu. Ilmu agama pun tak banyak, jadi jangan sibuk berangan nak tambah isteri pula.


“Ada dua isteri ni bukan senang ya. Yang seorang ni pun tak mampu nak kawal, garang semacam, rasanya cukuplah!,” katanya kepada mStar Online.

Foto: IG Nabil Ahmad

Nabil telah terpilih menjadi ikon belia hiburan ketika ditemui pada majlis pelancaran MVTV Asia – Inspirasi YES Malaysia.

Foto: IG Nabil Ahmad

Dalam program yang diadakan itu, Nabil akan berkongsi kepada belia mengenai peluang kerjaya dan kejayaan melalui platform penyiaran digital baharu yang diperkenalkan itu.

Foto: IG Nabil Ahmad

Selebriti lain juga turut menjadi ikon seperti Farah Nabilah, Elfira Loy, Ernie Zakri, Zul Huzaimy, Dasha Logan, Jacqueline Ch’ng dan Roshan Nair.

a
Bagus Nabil! Jadilah suami yang membahagiakan keluarga dan ikon belia yang boleh dicontohi masyarakat. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *