Sukan Komanwel: Tewas Dengan India, Skuad Negara Gagal Pertahan Emas

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tidak berselindung di sebalik kecewa dengan kejutan menyerahkan pingat emas acara berpasukan campuran kepada India semalam, yang secara tidak langsung menyukarkan lagi misi sasaran tiga emas buat kontinjen badminton dalam temasya Gold Coast 2018. 

Jika beregu campuran yang memulakan aksi menentang India menyumbang mata seperti dirancang, mungkin skripnya akan berbeza.

Lebih mengecewakan, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying, mendahului set ketiga 11-7 sebelum menyerahkan kemenangan kepada lawan.

Datuk Lee Chong Wei terlepas daripada sebarang tanda tanya memandangkan sukar pada usianya untuk terus menanggung beban menggunung.

Tetapi, ada sedikit sinar pada pandangan Presiden BAM, Datuk Seri Norza Zakaria, terhadap semangat luar biasa perseorangan wanita, Soniia Cheah, yang tewas melawan kepada Saina Nehwal.

“Saya ingin melahirkan rasa kecewa kerana tradisi kita adalah sentiasa memenangi emas dalam acara berpasukan campuran tetapi kali ini gagal melaksanakannya.

“Dua pemain senior yang diharapkan, gagal membutirkan kemenangan yang diperlukan, namun saya berbangga dengan persembahan Soniia.

“Pada mulanya, dia hampir dikeluarkan kerana menghadapi masalah kecederaan tetapi dia menunjukkan aksi hebat apabila menentang pemain yang berada di kedudukan ke-12 dunia,” kata Norza.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *