SPR Peruntuk RM500 Juta Kendali PRU-14

Kos belanjawan keseluruhan bagi mengendalikan proses Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) ini dianggarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebanyak RM500 juta.

Semua persiapan logistik juga telah dipastikan dalam keadaan baik dan tersedia. Sebelum ini, setiap kos pada PRU disertai dengan butiran dan akhirnya diperiksa dan diaudit.

Pengerusinya, Tan Sri Mohd. Hashim Abdullah berkata, berikutan itu, sebanyak 259,391 petugas akan dilantik daripada kalangan orang awam untuk mengendalikan proses PRU-14 itu.

“SPR turut melantik 222 pegawai pengurus pilihan raya selain menubuhkan 445 pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) bagi memantau semua aktiviti kempen sepanjang tempoh rasmi berkempen.

“Selain itu, sebanyak 8,989 premis pula akan digunakan sebagai pusat mengundi yang mengandungi kesemuanya 28,995 tempat mengundi (saluran), katanya dalam sidang akhbar khas di sini hari ini.

Memetik sumber, sebelum ini, keseluruhan petugas SPR pada PRU13 kira-kira 235,000,menujukkan jumlah peningkatan petugas pada PRU14.

Pada PRU13 sebelum ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyatakan jumlah siling yang diluluskan Kementerian Kewangan dinyatakan pada persidangan Dewan Rakyat adalah RM400 juta.

-PRU14.TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *