Singkir Sahaja Tak Cukup – van Dijk

PEMAIN pertahanan Liverpool, Virgil van Dijk lebih cenderung memilih untuk meraih kemenangan kedua berbanding cuba menyingkirkan City.

Pemain Belanda itu berkata: “Ia cukup jelas mempertahankan kedudukan 3-0 akan menjadi aneh tetapi kita perlu datang ke sini dengan fikiran ia masih 0-0, kami mahu menang.

“Kami tahu kami mampu menjaringkan gol dan dapat mempertahankan diri sebagai satu pasukan.

“Kita perlu mengekalkan pemikiran untuk memenangi perlawanan, bukannya mempertahankan keputusan sebelum ini.

“Mereka mempunyai kualiti yang sangat tinggi, mereka akan memenangi liga, tetapi kita tahu kekuatan dan kelemahan mereka. Kami perlu berikan 100 peratus untuk memenangi perlawanan.”

Van Dijk menambah: ‘Kami yakin tetapi kami tahu ia akan menjadi permainan yang berbeza sama sekali. Kita perlu bersedia untuk segala-galanya. Kita perlu bersedia untuk bertarung, untuk permainan yang bagus.

“Tiga perlawanan dalam tempoh enam hari adalah sukar untuk sesiapa sahaja tapi esok kami mahu menang dan kami bersedia untuk apa sahaja yang mendatang.

“Sebagai sebuah pasukan, kami berada dalam keadaan yang hebat. Saya fikir kami boleh menyusahkan mana-mana pasukan di dunia – tetapi kami perlu menunjukkannya.”

Van Dijk berlepas ke Etihad pada malam Selasa untuk merebut tempat di separuh akhir Liga Juara-Juara. – Dailymail UK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *