PRU14:Semakan Maklumat Daftar Pemilih Bermula 16 April

Menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pengundi boleh membuat semakan maklumat daftar pemilih untuk mengetahui pusat dan saluran mengundi serta boleh dibuat menerusi laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), www.spr.gov.my bermula 16 April ini.

Manakala, daftar pemilih pilihan raya juga dikatakan akan mula dijual pada tarikh tersebut.

Menurut sumber, Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd. Hashim Abdullah juga berkata, pemilih berdaftar juga boleh menyemak dengan menggunakan aplikasi MYSPR SEMAK atau menghubungi talian 03-88927018 atau melalui sistem pesanan ringkas (SMS) 15888.

“Sementara itu, tarikh tutup permohonan undi pos dalam negara bagi kategori Borang 1A ialah pada 28 April manakala, untuk Borang 1C pula pada 23 April ini,” katanya dalam sidang akhbar khas di sini hari ini.

-PRU14.TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *