Polis Kantoi Jual Diri Untuk Seks Di Laman Web Lucah Ketika Cuti Sakit

Seorang anggota polis di Sussex dilucutkan daripada jawatan konstabel detektif ekoran ‘terkantoi’ menjual dirinya untuk melakukan hubungan seks ketika mengambil cuti sakit.

Detektif Konstabel Richard Holder dipecat pada Isnin tanpa notis atas kesalahan melakukan perbuatan tidak senonoh itu, namun difahamkan dia telah meletak jawatan sebelum keputusan berkenaan dibuat.

Memetik Mirror, Holder merupakan anggota kedua didapati mengiklankan dirinya sebagai pelacur dalam masa kurang daripada dua tahun.

Ketika dibicarakan di Ibu Pejabat Polis di Lewes, Timur Sussex, Holder dikatakan mengiklankan dirinya menerusi laman web lucah menggunakan nama akaun “Sweet Sensations” dan menerima bayaran untuk melakukan hubungan seksual di rumahnya ketika dia tidak bertugas dan cuti sakit.

Sementara itu, rekod pekerjaan juga menunjukkan Holder tidak menunjukkan prestasi memberangsangkan sebagai anggota polis.

Holder mengaku bersalah di atas semua pertuduhan dikenakan ke atasnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *