PM Najib Jumpa MB, Ketua Menteri Hari Ini

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengadakan pertemuan bersama menteri besar dan ketua menteri di kediaman rasmi, Kompleks Seri Perdana di Putrajaya, hari ini.

Menurut sumber, di hadapan pintu masuk Seri Perdana mendapati, kelihatan kenderaan rasmi Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron memasuki kawasan kompleks kira-kira 9 pagi.

Seterusnya, kenderaan rasmi Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan dikatakan memasuki perkarangan Kompleks Seri Perdana kira-kira 10 pagi.

Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin juga dikatakan antara yang terawal tiba di kompleks berkenaan.

Turut disertai sama, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam pertemuan tertutup yang dipercayai berkaitan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

-PRU14.TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *