Perkataan Keling: Ambiga Vs Mahathir, Mampukah Sikap Bongkak Mahathir Dipatahkan

PERKATAAN keling kini menjadi topik hangat dikalangan pemimpin kanan pakatan pembangkang diketuai DAP. Rakyat Malaysia sedang menunggu apa kesudahan episod tersebut. Adakah Mahathir akan terus dapat menggunakan perkataan keling atau beliau terpaksa akur kepada desakan pemimpin kanan India yang lain dalam pakatan tersebut?

Dalam usaha untuk terus mempertahankan keangkuhan beliau, Mahathir berkata, keling merupakan perkataan yang digunakannya sejak kecil lagi. Sebelum ini beliau mempersoalkan mengapa pemimpin MIC marah terhadap beliau yang menggunakan perkataan keling.

Beliau menggunakan perkataan itu ketika mengkritik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan dilaporkan berkata “Saya mahu gunakan perkataan ‘keling’. Orang ‘keling’ cakap podah”.

Kini Ambiga Sreenevasan turut tampil menggesa Mahathir agar berhenti menggunakan istilah ‘Keling’. Menurut beliau walaupun ia biasa digunakan di sesetangah negeri – seperti Kedah – dan tidak dianggap sebagai penghinaan, tetapi ia sesuatu yang tidak dapat diterima dalam konteks Malaysia hari ini.

“Istilah itu berakar dari kawasan Kalinga di India, tetapi di Malaysia hari ini ia dianggap penghinaan oleh masyarakat India.

“Justeru saya menggesa Mahathir agar tidak lagi menggunakan istilah itu (walaupun ia tidak berniat untuk menghina sesiapa),” katanya.

Ketika Mahathir membuat kenyataan serupa pada 2016, ia telah mencetuskan kemarahan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P Ramasamy. Pemimpin DAP itu berkata Mahathir sepatutnya tahu istilah itu menghina dan memperkecil masyarakat India di Malaysia.

Kini sekali lagi Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II P Ramasamy menasihati Mahathir supaya tidak mengunakan istilah ‘keling’ kerana perkataan itu mungkin dianggap menghina masyarakat India. Beliau berkata Mahathir mungkin tidak mempunyai niat menghina masyarakat berkenaan tetapi penggunaan kata-kata seumpama itu boleh dimanipulasi pihak tertentu untuk tujuan politik.

Perkataan keling itu menyinggung beberapa pihak termasuk Makkal Sakti yang membuat empat laporan polis terhadap Mahathir.

Adakah Mahathir akan terpaksa tunduk memohon maaf atas penggunaan perkataan keling yang dianggap menghina kaum India di negara kita? Mampukah beliau membuang sifat ego,  bongkak dan angkuh yang bersarang dalam diri selama 93 tahun dan memohon maaf? Atau adakah beliau akan tidak mempedulikan desakan dari Ambiga dan Ramasamy tersebut?

Rakyat Malaysia sedang menunggu episod seterusnya.

– pru14.tv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *