Guna Alat Sulit Tiruan Lelaki Puaskan Nafsu

Dua wanita dipercayai pasangan lesbian mengaku memilih melakukan hubungan kelamin sejenis kerana merasa lebih selamat berbanding melakukan hubungan dengan lelaki ketika ditahan penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).

Dalam serbuan dilakukan, pasangan lesbian itu dicekup di dalam kereta di Arena Merdeka, Dungun, petang semalam.

Malah, penguatkuasa turut menemui satu alat tiruan lelaki yang disorokkan di bawah kerusi pemandu dipercayai untuk memuaskan nafsu.

Menurut sumber, serbuan dilakukan selepas penguatkuasa yang melakukan rondaan ternampak kereta bercermin gelap dalam keadaan mencurigakan.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati pasangan terbabit yang berada di kerusi belakang sedang asyik berasmara sehingga tidak menyedari kehadiran penguatkuasa.

“Bagaimanapun, selepas beberapa kali pintu diketuk, pasangan itu terpinga-terpinga selepas melihat kereta mereka dikepung sebelum membuka pintu.

“Pemeriksaan lanjut menemui seluar dalam milik pasangan itu dipercayai ditanggalkan dan satu alat sulit tiruan lelaki yang disorokkan di bawah kerusi pemandu.

Pasangan itu bagaiamanapun mengaku semua barang itu milik mereka yang digunakan untuk memuaskan nafsu masing-masing setelah disiasat.

-PRU14.TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *