Budak 10 Tahun Dipaksa Kahwin Dengan Lelaki 30 Tahun

Seorang budak perempuan berusia 10 tahun enggan ke sekolah apabila berita pernikahannya bersama seorang lelaki berusia 30 tahun tersebar.

Jakarta Post melaporkan budak yang dikenali sebagai AY itu dipaksa berkahwin oleh ibu bapanya dengan lelaki dari Merangin, Jambi walaupun masih bersekolah di kelas tahap lima.

Guru sekolah AY kini sedang berusaha berbincang dengan keluarga AY yang berasal dari Daerah Nalo.

” Pihak sekolah telah meminta penjelasan ibu bapa AY kenapa mahu anak perempuan mereka berkahwin pada usia yang terlalu muda.

“Bagaimanapun, mereka memaklumkan AY telah bersetuju dengan rancangan itu.”

Kajiselidik Demografik Kesihatan Indonesia mencatatkan rekod peningkatan  20.1 peratus pada 2012 kepada 21.6 peratus tahun lalu untuk perkahwinan melibatkan kanak-kanak di Jambi.

Ketua Lembaga Perancangan Keluarga dan Populasi Nasional Jambi, Mukhtar Bhakti berkata,

“Kami berharap dapat menurunkan peratusan itu kepada 21 peratus tahun ini.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *