BN Negeri Sembilan Sudah Serah Senarai Nama Calon PRU14

Hari ini, Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan sudah pun menyerahkan senarai calon Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) kepada Pengerusi BN.

Pengerusi BN Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, beliau optimis dengan kemenangan BN di negeri itu.

Katanya, beliau akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau dalam pilhan raya umum kali ini.

“Ok, Alhamdulillah. Insya Allah kita kena kerja kuat untuk mempertahankan BN di Negeri Sembilan,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan pertemuan bersama Perdana Menteri di Seri Perdana di sini hari ini.

Terdahulu, beliau dilihat memasuki kediaman rasmi Perdana Menteri itu pada pukul 10.50 pagi dan dilihat keluar kira-kira dua jam kemudian.

-PRU14.TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *