Bekas Pemain Real Madrid Sindir Bale

BEKAS pemain Real Madrid mempertikaikan nilai Gareth Bale.

Jurulatih Jorge Valdano membidas nilai tinggi Bale yang dianggap penyerang itu tidak punya ‘apa-apa’.

Pemain kebangsaan Wales itu bekerja keras untuk memastikan prestasinya baik bersama Real selepas berpindah dari Spurs pada tahun 2013 dengan harga 85 juta pound.

Sepanjang bersama Real, Bale berjaya merangkul trofi La Liga, Copa del Rey dan Piala Kelab Dunia serta tiga kali mahkota Liga Juara-Juara.

Namun, Valdano membuat serangan sinis terhadap Bale biarpun pemain itu menjadi pembantu Cristiano Ronaldo ketika aksi seri 1-1 menentang Atletico Madrid sebelum ini.

“Bale yang tiada apa-apa bernilai 100 juta euro dan harga itu dibawa bersama jersinya,” Valdano memberitahu El Transistor.

Dan Valdano secara terang-terangan memuji Antoine Griezmann yang dianggap sesuai menggantikan Bale di Santiago Bernabeu.

“Griezmann adalah penyerang, pemain tengah terbaik dan dia banyak membantu bahagian pertahanan. Dengan semua itu, harga di pasaran untuknya sangat murah.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *