Bayi Maut, Terlangkup Dalam Buaian Di Rumah Pengasuh

Sepasang suami isteri terpaksa merelakan pemergian bayi lelakinya baru berusia 10 bulan akibat lemas dalam buaian.


mStar Online melaporkan insident tersebut berlaku di rumah pengasuh yang terletak di Sungai Buloh, Selangor.


Nur Syazwanie Mustafa, 27, yang kehilangan Mikhael Sufyan Muhammad Syafiq pada Jumaat lepas berkata, 


Foto: FB Syazwanie

“Perkara yang paling mommy takutkan selama ni berlaku akhirnya. Kehilangan seseorang yang sangat kami sayangi.


“Sudah jadi bahagian Mikhael meninggal dunia akibat lemas dalam buaian di rumah pengasuh dan bahagian saya dan keluarga untuk menerima takdir dari-Nya.”


Difahamkan, bayi tersebut ditemui dalam keadaan terlangkup tidak sedarkan diri dan sudah tiada denyutan nadi ketika dikejarkan ke klinik berhampiran.

Foto: FB

Namun dia sudah memaafkan pengasuh tersebut dan berbincang dengannya sama ada akan terus menghantar seorang lagi anaknya ke rumah wanita berkenaan.


“Kami sudah berbual hati ke hati tentang rancangan selepas ini dan bersepakat untuk tidak lagi menghantar anak sulung ke rumah pengasuh itu.


“Ia bukanlah disebabkan saya tidak memaafkannya, tapi untuk menghilangkan trauma anak perempuan saya yang masih ingat dengan jelas insiden yang berlaku.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *